Saturday, December 27, 2008

Majlis Penutupan Kursus Motivasi Remaja Cemerlang Di Sri Aman pada 27 Disember 2008











1) Kursus ini melibatkan seramai 61 belia remaja yang berumur di antara 14-17 tahun di sekitar Daerah Sri Aman. Kurus ini dianjurkan oleh Jawatankusa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Sri Aman dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pada remaja kepada masalah sosial masa kini seperti merempit, menghisap gam, dadah, rogol, menyamun dan sebagainya. Dengan adanya pendedahan ini remaja akan mengetahui serba sedikit masalah sosial dan akan cuba untuk menghindarinya.

2) Renungan : Remaja adalah aset yang berharga bagi sesebuah negara. Kesejahteraan dan kekuatan sesebuah negara bergantung kepada kekuatan remaja atau golongan belia masa kini. Jika golongan ini cermelang jatidirinya maka mereka akan dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

Sri Aman tuan rumah sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Sarawak pada 28-29 Disember 2008



PENERANGAN...Daud sedang menerangkan sesuatu kepada pihak media ketika berlangsungnya mesyuarat akhir di bilik mesyuarat MDSA hari ini.


SRI AMAN, Isnin (22 Dis) – Bandar Sri Aman akan menjadi tuan rumah kepada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1430 Hijrah / 2008 Masihi bermula 28 hingga 29 Disember ini kelak.

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Penggalakkan dan Pembangunan Estet-Estet Perindustrian), Datuk Haji Daud bin Abdul Rahman berkata demikian kepada pihak pemberita sebaik sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Akhir Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1430H / 2008M bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) hari ini.

Menerusi tema sambutan berjudul Menjana Ummah Gemilang, Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak ini kelak kata Daud akan dimulakan dengan Majlis Doa Akhir Tahun 1429H dan Awal Tahun 1430H bertempat di Masjid Bandar Sri Aman pada 28 Disember ini bermula jam 5.30 petang hingga 9.45 malam.

“Majlis ini kelak akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin bersama Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud,” katanya sambil menambah bahawa sekitar 800 jemaah dijangka hadir pada majlis terbabit.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak pada 29 Disember pula menurut beliau akan diserikan lagi dengan Majlis Perhimpunan Maal Hijrah yang membabitkan sejumlah 2,000 hadirin bertempat di Dewan Suarah Sri Aman bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.

Pada Majlis Perhimpunan Maal Hijrah ini kata Daud, Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin akan menyempurnakan Majlis Anugerah Maal Hijrah mengikut kategori masing-masing pada waktu pagi berkenaan.

“Terdapat beberapa buah aktiviti lain yang turut diadakan bersempena dengan sambutan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak ini antaranya Pertandingan Bertuntung, Siri Ceramah dan Forum Maal Hijrah, Gotong Royong, Larian Maal Hijrah, Malam Kesenian, Majlis Berambeh Di Perkampungan Saudara Muslim dan Perhimpunan Wanita Bistari.

“Justeru saya berharap Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran penduduk Islam dan bukan Islam dari seluruh kawasan Sri Aman pada tarikh yang telah dinyatakan,” katanya.

Pertandingan Bertuntung akan bermula di bandar Sri Aman pada 27 hingga 29 Disember dan Larian Maal Hijrah pula bermula 7.30 pagi pada 29 Disember bertempat di Padang Lama KPSU Sri Aman.

Manakala itu Malam Kesenian sempena sambutan Maal Hijrah pula akan diadakan di Dewan Suarah Sri Aman bermula jam 8.30 malam pada 29 Disember ini dan Perhimpunan Wanita Bistari akan diadakan pada 1 Januari bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari di lokasi yang sama.

Majlis Berambeh Di Perkampungan Saudara Muslim akan diadakan di Kampung Pulau Seduku, Sri Aman bermula 12 hingga 13 Januari tahun hadapan.

Hadir sama pada Mesyuarat Akhir Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1430H / 2008M ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Datu Misnu Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Putit Matzen dan Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji.

Majlis Sambutan Maal Hijrah merupakan salah satu daripada upacara rasmi Kerajaan Negeri Sarawak yang diadakan pada setiap tahun. Kali terakhir ianya diadakan adalah di Bandaraya Miri pada 9 Januari tahun ini.

Friday, December 26, 2008

Rohani - wanita mampu menyerlah (20 Disember 2008)


PENGHARGAAN..Rajali (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Rohani (kiri) sambil disaksikan (dari kiri sekali) Hajjah Azizah, Hajjah Ainon dan Patihi ketika berlangsungnya majlis hari ini.

BETONG, Sabtu (20 dis)– Jumlah peratusan wakil rakyat wanita yang rendah dalam Dewan Parlimen atau Rakyat pada masa sekarang menunjukkan bahawa rakyat di negara ini masih kurang yakin terhadap kepimpinan kaum wanita dalam hidup mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim berkata sehingga kini hanya terdapat sejumlah sembilan peratus sahaja golongan wanita yang berkhidmat sebagai wakil rakyat dalam Dewan Parlimen di negara ini.

“Peratusan ini menunjukkan bahawa rakyat masih kurang yakin terhadap kepimpinan wanita dalam bidang politik pada masa sekarang kerana rata-rata mereka masih menganggap bahawa kaum lelaki sahaja yang dapat meneraju hidup mereka.

“Tanggapan seperti ini harus ditepikan kerana kaum wanita juga mampu memegang banyak peranan penting di negara ini dari aspek politik hinggalah ke sosial,” katanya sambil menambah bahawa rakyat harus memberikan kepercayaan sepenuhnya terhadap calon wakil rakyat wanita (dari Barisan Nasional) menjelang pilihanraya akan datang..

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Jiran Wanita Peringkat Negeri anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Betong bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong hari ini.

Sambil menyatakan nama tokoh pembangunan wanita bersejarah seperti Saidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Ummu Salamah dan Zainab Al- Ghazali, golongan wanita kata Rohani boleh menyumbang kepada pembangunan hidup rakyat sekiranya diberi peluang oleh semua rakyat untuk memimpin mereka.

Selain itu golongan wanita dari kawasan luar bandar katanya juga telah berjaya membuktikan kemampuan diri masing-masing untuk mempertingkatkan kualiti hidup mereka dari segi perniagaan runcit serta jualan juadah makanan secara kecil-kecilan.

“Dengan menyertai skim micro kredit yang diuruskan oleh Yayasan Usaha Maju (YUM) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), kaum wanita terutamanya ibu tunggal telah berjaya mempertingkat kualiti hidup keluarga menerusi bidang perniagaan masing-masing.

“Lagipun komitmen pembayaran semula skim terbabit mengikut tempoh yang ditetapkan oleh kaum wanita selama ini membuktikan bahawa mereka mampu menguruskan perancangan hidup dengan lebih cekap dan teratur,” katanya.

Justeru Rohani berharap kaum wanita menerusi program Jiran Wanita ini dapat menilai serta mengambil peluang terbabit untuk melaksana pelbagai aktiviti sosial yang sihat demi memperkukuhkan kedudukan diri sendiri dan keluarga.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia Sarawak, Rajali Haji Mudin, Pengarah Urusan Riger Consultant, Hajjah Ainon Kuntom, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia, Hajjah Azizah Ariffin, Timbalan Residen Betong, Patihi Kerni, para pegawai kerajaan dan peserta konvensyen dari seluruh negeri Sarawak.

Saturday, December 6, 2008

Pesta Tandak Sri Aman 2eriah dan Menggegarkan : 6 Disember 2008




Majlis Penerangan dan Pemantauan Projek Pertanian di Batang Lupar : (6 Disember 2008)







Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan agar semua projek pertanian di kawasan Batang Lupar siap mengikut perancangan awal. Projek Paddy Seeds di Stumbin merupakan projek pilot yang akan membawa perubahan kepada kawasan Stumbin. Ia juga akan turut membawa Sri Aman sebagai Jelapang Padi negara. Turut hadir dalam majlis tersebut YB Datuk Francis Harden, YB Tuan Masir Kujat dan YB Puan Hjh Simoi Peri.