Thursday, February 26, 2009

Media: Temubual dalam rancangan Helo Malaysia @ Bernama TV

Sumber : http://www.rohanikarim.com

YB Timbalan Menteri Pertani dan Industri Asas Tani Malaysia telah diundang untuk ditemubual dalam rancangan bual bicara Helo Malaysia terbitan Bernama TV (Saluran 502 Astro) pada 25 Februari 2009. Program yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim telah membicarakan topik Jaminan Makanan sempena persidangan peringkat Menteri D8 mengenai Jaminan Makanan (Food Security). Ulasan lanjut akan dikemaskini.

Rancangan Helo Malaysia

Rancangan Helo Malaysia

YB Timbalan Menteri dalam rancangan Helo Malaysia

YB Timbalan Menteri dalam rancangan Helo Malaysia

YB Timbalan Menteri ditemubual dalam rancangan Helo Malaysia

YB Timbalan Menteri ditemubual dalam rancangan Helo Malaysia

Tuesday, February 3, 2009

Rumah Panjang Sungai Semilang, Tanjung Bijat musnah dijilat api kebakaran


Caption: MALANG...Seorang penghuni sedang meninjau kawasan rumah panjang telah musnah dalam kejadian kebakaran yang bermula pada jam 1.40 petang hari ini.


SRI AMAN, Selasa (3 Feb) – Rumah Gendi anak Ranti, Sungai Semilang, kawasan Tanjung Bijat, dalam daerah kecil Lingga, Sri Aman musnah dijilat api menerusi kejadian kebakaran yang berlaku pada jam jam 1.40 petang hari ini.

Seorang penduduk yang ditemui Utusan Sarawak di tempat kejadian terbabit menjelaskan bahawa kejadian kebakaran ini telah menyebabkan kesemua 16 buah bilik di rumah panjang berkenaan musnah dijilat api.

“Kejadian kebakaran ini dipercayai bermula dari sebuah bilik di ruang tengah bilik rumah panjang berkenaan dan api seterusnya merebak ke seluruh ruang rumah panjang ini lalu memusnahkannya hanya dalam tempoh setengah jam sahaja,” kata penduduk berkenaan yang enggan namanya disiarkan di sini.

Sementara itu seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran ini pada jam 1.45 petang.

“Sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian ini, sejumlah 10 orang anggota bomba dengan sebuah trak jentera pemadam kebakaran telah dihantar ke tempat kejadian terbabit.

“Operasi memadam kebakaran di rumah panjang Sungai Semilang oleh pihak bomba ini telah tamat sepenuhnya menjelang jam 4.40 petang hari ini,” katanya sambil menambah bahawa punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak terbabit.

Kejadian kebakaran yang memusnahkan 16 buah bilik Rumah Gendi anak Ranti, Sungai Semilang ini secara tidak langsung telah menyebabkan kesemua 122 orang penghuni rumah panjang berkenaan tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri ketika dihubungi berkata beliau telah pun menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran terbabit dan melakukan lawatannya ke lokasi kejadian pada hari Sabtu ini sebaik sahaja selesai dari melaksanakan urusan kerja rasminya.

Sehingga berita ini ditulis tiada sebarang kemalangan jiwa yang membabitkan penghuni rumah panjang dilaporkan berlaku menerusi kejadian kebakaran ini.